Malah beliau beranggapan Tiong Lai masih berada dalam situasi hilang punca dan ‘pening lalat’ berikutan kekalahan teruk partinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, baru-baru ini.

“Kita percaya prestasi buruk MCA ini berpunca dari kefahaman politiknya yang dangkal dan tidak berwibawa seperti yang dapat kita lihat daripada kenyataannya berhubung persefahaman UMNO dan Pas.

“Kenyataan itu seolah-olah beliau tidak kenal UMNO dan tidak tahu asas dan dasar UMNO, setelah duduk bersama hampir tujuh dekad,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semasa berucap dalam Konvensyen MCA Selangor 2018 hari ini, Tiong Lai memberi amaran MCA mungkin akan menyingkir UMNO daripada Barisan Nasional (BN) jika bergerak ke arah politik teokrasi.

Annuar juga membandingkan prestasi Tiong Lai dengan kepemimpinan MCA sebelum ini yang berjaya menjadikan parti kaum Cina dihormati kawan dan lawan.

“Daripada beliau memikirkan soal UMNO dan Pas, atau menendang UMNO keluar daripada BN, lebih baik beliau menyelamatkan MCA dengan melepaskan jawatan Presiden parti.-UTUSAN ONLINE