MT UMNO Mula Mesyuarat

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO berlangsung di Menara Datuk Onn hari ini bagi membincangkan hal ehwal parti merangkumi persiapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, itu bermula jam 10 pagi dan dijangka tamat 1 tengah hari.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat untuk membuat liputan kerana tiada jemputan dibuat.

Menurut seorang pegawai penerangan UMNO, mesyuarat berkenaan berlangsung secara tertutup dan akan disusuli perjumpaan dengan ketua bahagian, juga secara tertutup.

Difahamkan mesyuarat itu akan turut membincangkan mengenai calon dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.