Mengapa Kita Merangkak Nak Cari Orang?- Ku Li

PETALING JAYA – Kemesraan yang dijalinkan di antara UMNO dan Pas semenjak kebelakangan ini nampaknya menimbulkan ketidakpuasan hati oleh veteran parti itu.

Bekas calon Presiden parti itu Tengku Razaleigh Hamzah berkata tindakan barisan kepimpinan UMNO terkini dilihat tidak munasabah.

“Mengapa kita merangkak nak cari orang? Hubungan antara UMNO dan Pas ini tidak munasabah,” katanya dalam temu bual disiarkan Sinar Online semalam.

Beliau selain itu memaklumkan bahawa jalinan kerajasama dengan Pas ti tidak pernah dibincangkan oleh UMNO secara rasmi.

“Mungkin mereka bincang sesama mereka dalam Majli Tertinggi (MT) UMNO, saya tidak ada dalam itu… pakatan sesama mereka saja,” katanya.

Tengku Razaliegh untuk rekod baharu saja dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Muktamar Pas yang lalu menyaksikan sejarah terukir apabila buat pertama kalinya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beserta rombongannya turut hadir ke Kuala Terengganu pada 15 September lalu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.