VIDEO: Jamal Cadang Najib Dilantik Ketua Umum UMNO

KUALA LUMPUR – Barisan kepimpinan UMNO digesa untuk melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Umum parti itu segera.

Jelas Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bekas Presiden parti itu dilihat lebih menonjol dan lantang bersuara berkaitan suatu isu.

Justeru pelantikannya akan lebih memberikan keyakinan anggota kepada UMNO.

“Melihatkan keadaan semasa politik dan keadaan dalam UMNO, supaya Datuk Seri Najib dapat dilantik menjadi Ketua Umum UMNO dengan serta-merta.

“Kalau kita lihat keadaan sekarang ini perjuangan Datuk Seri Najib lebih ke hadapan dan saya yakin semua pemimpin UMNO dalam keadaan ditekan.

“Kalau Datuk Najib merupakan Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan ahli biasa, peluang beliau maju ke hadapan itu agak sukar kalau kita lihat sekarang pun banyak isu-isu yang timbul dijawab oleh Datuk Seri Najib jadi jangan biarkan bekas pemimpin ini keseorangan ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putra World Trade Centre (PWTC) hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat malam ini tambah Jamal perlu mempertimbangkannya.

Pada malam ini mesyuarat MT jadi saya berharap ahli MT dapat membincangkan perkara ini dan saya yakin jika perkara ini dapat difkirkan dan dilantik dia jadi Ketua Umum akan memberikan kesan untuk kepercayaan orang kepada UMNO terutama ahli UMNO,” ujarnya.

Menyifatkan Najib mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula katanya kini berhadapan dengan kemelut apabila didakwanya dilarang untuk membuka mulut oleh pihak tertentu.

“Datuk Seri Najib punyai pengalaman yang lebih luas dalam politik mungkin berliau ada cara beliau sendiri tapi sya yakin tekanan yang cukup kuat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Presiden supaya mulut kena zip,” katanya lagi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.