Dulu Mereka Hasut Jangan Bayar, Kini Mereka Tuntut Peminjam PTPTN Bayar Pula – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nasib peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Dalam catatan di laman Facebook rasminya, bekas perdana menteri berkata, peminjam PTPTN ‘dihasut’ selama 10 tahun oleh pihak pembangkang sebelum ini untuk tidak membayar balik pinjaman mereka.

“Kini mereka sering dimarah oleh Pakatan Harapan (PH) kerana tidak membayar pinjaman pula,” tulisnya.

“Mereka tidak sepatutnya dimarah (dan dilabel) sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH.

“Peminjam-peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji-janji mereka,” kata Najib.

Justeru beliau menasihatkan peminjam PTPTN untuk membayar mengikut kemampuan masing-masing susulan janji populis PH yang sukar dilaksanakan.

“Kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk di mana mereka sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” tambahnya. – Awani

Berikut ialah Kenyataan Penuh Datuk Seri Najib Tun Razak

Peminjam-peminjam PTPTN dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan untuk tidak membayar balik pinjaman mereka. Kini mereka sering dimarah oleh Pakatan kerana tidak membayar pinjaman pula.

Mereka tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH.

Peminjam-peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji-janji mereka.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

Nasihat saya ialah untuk mereka yang mampu untuk membayar supaya membayar mengikut keupayaan masing-masing kerana akibat langkah kerajaan PH yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk di mana mereka sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan GST, melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan SST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.