Draf Kaedah Bayaran Semula Pinjaman PTPTN Dibentang Dua Minggu Lagi

SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membentangkan draf kaedah pembayaran balik bagi memudahkan peminjam melunaskan hutang mereka.

Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan draf itu akan dibentangkan kepada kabinet, dua minggu lagi.

Ujarnnya, walaupun menanggung bebanan kerana jumlah hutang yang tidak dibayar oleh peminjam sangat tinggi, PTPTN mempunyai tanggungjawab untuk membantu peminjam melunaskan pinjaman mereka.

“Saya tidak boleh dedahkan lagi kandungan draf tersebut,” katanya dipetik Harian Metro. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata, kerajaan menanggung hutang terkumpul RM36 bilion ekoran kegagalan peminjam membayar balik pinjaman.

“Saya amat berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana menimbulkan isu ini,” kata Wan Saiful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.