“Dapatkan Panduan Pegawai Kanan Kementerian Dulu Sebelum Tweet”, Reezal Selar Saifuddin

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyelar Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kerana bertindak tidak profesional apabila mengeluarkan kenyataan di Twitter mengenai negara yang tidak disukainya untuk dilawati.

Reezal yang juga mantan Timbalan Menteri Luar berkata, Saifuddin tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian lebih-lebih lagi apabila menerajui Kementerian Luar.

“Secara jujur, agak mengejutkan bagi saya apabila Menteri Luar membuat kenyataan sedemikian… tidak kira dalam mesyuarat tertutup atau media sosial.

“Menjadi pegawai tertinggi kementerian luar untuk membuat kenyataan sedemikian adalah tidak wajar dan tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Reezal lagi, Saifuddin patut mendapatkan panduan daripada pegawai kanan Wisma Putra sebelum membuat kenyataan sedemikian.

“Sudah pasti, pegawai kita sangat terlatih dan profesional dalam melaksanakan tugasnya,” katanya.

Beliau juga berkata sebagai Menteri Luar, Saifuddin juga tidak boleh mendakwa “memiliki ruang peribadi” ketika membuat ulasan di media sosial.

Terdahulu, Saifuddin dalam satu hantaran di Twitter beliau menulis:

“Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati juga, satu kerana urusan agama dan satu lagi kerana urusan negara.”

 

Bagaimanapun, tweet berkenaan telah dipadam menteri tersebut. -SuaraTv 

 

One thought on ““Dapatkan Panduan Pegawai Kanan Kementerian Dulu Sebelum Tweet”, Reezal Selar Saifuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.