RM118 Juta Bantu Penduduk Miskin Kelantan

Kerajaan persekutuan memperuntuk RM118 juta bagi membantu golongan miskin di Kelantan tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata kerajaan negeri pula memperuntuk RM18 juta bagi tujuan yang sama.

“Di Pasir Puteh sahaja, seramai 4,017 penduduk menerima bantuan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), orang tua dan yang sakit,” katanya ketika merasmikan Bulan Kebajikan Negara Peringkat Kelantan di Pasir Puteh hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Datuk Zawawi Othman dan Adun Selising, Zulkifli Ali.-Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.