PAS Yakin Rakyat Kelantan Tolak PAN

KOTA BHARU – PAS yakin pengundi di Kelantan akan menolak parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN), pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hasil analisa yang dilakukan pihaknya, sokongan rakyat terhadap Amanah didapati tidak sampai satu peratus dan situasi tersebut cukup membayangkan bagaimana nasib parti itu sekiranya ingin bertanding dalam pilihan raya.

“Kalau begitu keadaannya, bagaimana hendak bertanding. Sejarah membuktikan parti baharu, parti serpihan ini selalunya tidak kemana-mana kecuali jika berlaku gelombang besar seperti Semangat 46 dan PKR satu ketika dahulu,” katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Jubli Emas 50 tahun Pas Kota Bharu di Medan ilmu di sini sebentar tadi.

Amanah sebelum ini membayangkan akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di seluruh Kelantan dalam PRU-14.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Naib Presidan Amanah yang juga ADUN Salor, Datuk Husam Musa dinamakan sebagai calon untuk mengetuai gerakan merampas Kelantan daripada PAS. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.