Nabil Mahu Pandai Mengaji Sebelum Ibu Bapa Tutup Mata

kesungguhan Nabil Ahmad mempelajari al-Quran dipermudahkan menerusi pelantikannya sebagai Ikon Rumah Ngaji Negeri Sembilan.

Bersyukur di atas penghargaan, pengacara Gegar Vaganza ini menyifatkan pelantikan itu sebagai permulaan untuk kembali semula mendekatkan diri dengan al-Quran.

Mengakui pada awalnya keberatan menerima tawaran berkenaan namun rakan dan keluarga banyak memberi sokongan, petik MH.

“Lagipun, saya sedar kerjasama ini serius dan ia bukanlah lantikan secara on off kerana ia laluan berterusan.

“Sebab itu jugalah cita-cita saya (pandai mengaji) sebelum mak dan ayah saya menutup mata,” katanya.

“Saya rasa kalau dalam usia begini muda, saya dah terapkan dia dengan aktiviti mengaji, ia akan lagi senang dan cepat. Saya mahu dia pandai mengaji dan belajar al-Quran kerana ia teras hidup sebagai seorang Muslim. Saya tak mahu dia jadi macam saya dulu, dek nakal saya tak habis mengaji al-Quran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.