Malaysia Tempat Kedua Sukan Para ASEAN 2017

KUALA LUMPUR – Kontinjen negara menamatkan pemburuan emas mereka pada temasya Sukan Para ASEAN ke-9 dengan mengumpul 90 pingat emas.

Pingat emas yang ke-90 tersebut diraih oleh pasukan goalball yang berjaya mengalahkan pasukan Thailand 9-5 di MITEC, di sini hari ini.

Secara keseluruhannya, pasukan negara menamatkan kempen di tangga kedua kutipan pingat keseluruhan berjumlah 259 pingat, iaitu 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa.

Mendahului carta kutipan pingat adalah Indonesia dengan mengutip 251 pingat iaitu 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.

Sementara itu Thailand pula muncul di tangga ketiga dengan 68 pingat emas, 73 perak dan 94 gangsa. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.