Makan Lewat Malam, Kurang Bersenama Punca Penyakit Kronik

ALOR SETAR – Makan lewat malam dan kurang bersenam menjadi satu daripada punca utama ramai rakyat Kedah menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan obesiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Leong Yong Kong.

Beliau berkata, ia dapat dilihat melalui kajian Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 dengan Kedah merupakan negeri paling ramai penghidap diabetes di Malaysia, lapor Kosmo.

Katanya, sebanyak 25.4 peratus penduduk berusia lebih 18 tahun di negeri ini didapati menghidap diabetes berbanding purata kes kebangsaan iaitu 17.5 peratus dan jumlah individu yang tidak mengetahui status diabetes juga meningkat dari semasa ke semasa.

“Apa yang membimbangkan ialah selain diabetes, Kedah juga mencatat jumlah pesakit darah tinggi paling ramai, kedua tertinggi bagi hiperkolesterol, kedua tertinggi bagi merokok dan kelima tertinggi bagi obesiti.

“Bukan mudah untuk beri kesedaran berikutan cara hidup yang tidak sihat menjadi budaya dalam masyarakat kita iaitu makan lewat malam dan kurang melakukan aktiviti senaman,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.