Lelaki Mati Bakar Diri Di Luar Parlimen New Zealand

Wellington – Seorang lelaki yang membakar diri di luar Parlimen New Zealand beberapa hari menjelang pilihan raya umum negara itu, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya, kata polis semalam.

Lelaki berkenaan membakar dirinya di luar bangunan itu yang dikenali sebagai Beehive pada petang kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Katanya, identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan motifnya membakar diri juga belum diketahui.

Bagaimanapun, media melaporkan beberapa saksi melihat lelaki itu seperti membuat tunjuk perasaan di luar Parlimen sebelum membakar diri.

Menurut Radio New Zealand, saksi melaporkan melihat lelaki itu memegang sepanduk berkaitan mahkamah keluarga.

Polis menyifatkan kes bakar diri itu sebagai amat luar biasa dan kejadian yang menyedihkan.

Pilihan raya umum New Zealand diadakan pada hari ini di mana Perdana Menteri, Bill English berdepan saingan sengit daripada calon pembangkang, Jacinda Ardern – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.