Kejam ,Sanggup Buang Kotak Suara Anjing Gara-Gara Tidak Mahu Anjing Mereka Menyalak

CHINA – Alangkah kejam dan tidak berperikemanusiaannya segelintir pemilik anjing yang sanggup menggunakan khidmat seorang veterinar untuk membuang kotak suara kerana tidak mahu anjing mereka menyalak, lapor Daily Mail.

Gambar dan video yang dirakam secara sembunyi itu menunjukkan seorang veterinar yang tidak berlesen di selatan barat China, melakukan pembedahan itu terhadap beberapa ekor anjing di tepi jalan sambil dibantu oleh pembantunya yang membuka mulut haiwan berkenaan.

Laporan berita itu mencetuskan kemarahan orang awam terhadapnya pencinta haiwan yang menggelar prosedur itu tidak perlu dilakukan dan kejam.

Veterinar yang dikenali sebagai Zeng itu dikatakan telah menjalani perniagaan itu di pasar bunga dan burung di daerah Qingbaijiang, Chengdu sejak 14 September lalu.

Zeng dilihat duduk di kiosknya di tepi jalan, bersama dengan beberapa peralatannya tersusun di meja lipat.

Selepas berjaya mengeluarkan kotak suara haiwan itu, Zeng membuangnya ke tepi jalan dan meletakkan anjing itu ke tepi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.