Gelaran Ratu Cantik Dilucutkan Gara-gara Tweet Kaitkan Darah Haid Dengan Rampasan Kuasa

Gelaran ratu cantik Miss Turki, Itir Esen, 18, telah ditarik balik susulan tweet yang tidak masuk akal melibatkan rampasan kuasa oleh tentera pada tahun lepas.

Itir, dalam tweet peliknya pada bulan Julai lalu telah menyamakan darah haid sebagai mewakili mereka yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa daripada presiden Recep Tayyip Erdogan. Dia menganggap mereka sebagai mati syahid.

Rampasan kuasa oleh tentera itu bagaimanapun telah digagalkan oleh kerajaan. Tweet itu dianggap menghina kematian 250 orang yang menentang cubaan rampasan kuasa tersebut.

Gelaran itu dilucutkan beberapa jam selepas dia diumumkan sebagai pemenang dan dijadualkan mewakili Turki pada pertandingan Miss World di China.

Berikutan itu, pemenang kedua, Asli Sumen akan mewakili Turki di China.

Itir, yang merupakan model dan penuntut universiti, telah mencetuskan kemarahan ramai di media sosial selepas memuatnaik perkara itu dalam twitter ketika ulang tahun pertama kejadian berkenaan disambut pada 15 Julai lalu.

Meskipun dia menafikannya, namun penganjur telah mengesahkan kesahihan tweet terbabit,

“Kami dengan sedih mengumumkan bahawa kami telah mencapai kesimpulan terhadap tweet yang dinaikkan oleh Itir Esen.

“Adalah sukar bagi penganjur Miss Turkey, yang bertujuan untuk mempromosikan Turki di seluruh dunia, menerima tweet berkenaan,” kata penganjur.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!