China Had Eksport Minyak Tapis Ke Korea Utara

BEIJING – China akan mengehadkan eksport produk minyak ditapis ke Korea Utara bermula 1 Oktober ini, kata Kementerian Perdagangannya.

Menurut AFP, ia sekali gus mengesahkan penyertaan Beijing dalam sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan mengekang negara jiran penentang itu, lapor BH.

Majlis Keselamatan PBB, termasuk anggota tetapnya China, meluluskan sekatan keras terhadap Pyongyang minggu lalu sebagai tindak balas kepada ujian nuklear keenam dan paling berkuasa setakat ini.

Pada awalnya, Washington memohon sekatan minyak penuh namun mengendurkan pendirian untuk mendapat sokongan Russia dan China, sekutu tunggal dan rakan dagangan utama Pyongyang yang bertanggungjawab bagi sekitar 90 peratus perdagangannya.

Dalam satu kenyataan disiarkan di laman web mereka pada lewat malam tadi, kementerian itu mengulangi syarat dan resolusi terbaru bahawa mereka tidak akan mengeksport lebih 500,000 tong produk minyak yang ditapis kepada Pyongyang dalam tempoh tiga bulan akhir tahun ini.

Ia juga membabitkan dua juta tong setahun bermula tahun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.