Bapa Sado Mengamuk Anak Dihukum

Tular di media sosial mengenai bapa seorang pelajar yang datang ke sekolah mengamuk dan bertindak mengasari guru sehingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut.

Kejadian dikatakan berlaku di Brunei itu telah ditonton lebih 200 ribu di laman Facebook dan lebih 1.4 ribu perkongsian, petik MH.

Di ruangan komen menyelar tindakan bapa berkenaan yang bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Dalam video tersebut, menunjukkan bapa pelajar datang bersama adik lelakinya ke sekolah untuk menyerang guru tersebut.

Bagaimanapun mereka telah dihalang oleh beberapa guru yang lain.

Menurut sumber, bapa pelajar ini tidak berpuas hati kerana anaknya mengadu telah digantung sekolah.

Setelah disiasat, rupa-rupanya pelajar tersebut membuat cerita tidak benar dan merayu pihak sekolah membuang kesnya.

Berdasarkan komen seorang individu, bapa pelajar dan adiknya telah datang ke sekolah untuk berunding dan mendapatkan kepastian dari guru berkenaan apa sebenarnya kesalahan anaknya.

Dikhabarkan, bapa pelajar yang bekerja sebagai askar telah diberhentikan serta merta.

Sementara itu, guru lelaki berkenaan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dipercayai mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.