Anak Diejek ‘Monster’, Lihat Apa Yang Ayahnya Lakukan Buat Masyarakat Terkesan

Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kesayangan mereka menerima hinaan dan perlakuan buruk dari orang sekeliling.

Gangguan yang dialami oleh kanak-kanak di sekolah umumnya bermula dengan ejekan negatif tentang fizikal seseorang yang berbeza daripada orang lain.

Pada mulanya anak-anak ini akan menganggap ini adalah biasa kerana majoriti kanak-kanak melakukan perkara yang sama kepada mereka yang mempunyai ‘perbezaan’.

Namun jika tidak dicegah hal tersebut akan menjadikan lebih buruk. Malangnya kini masih ramai orang yang dengan mudahnya membuli orang lain tanpa memikirkan kesan buruk yang terjadi akibat dari perlakuannya tersebut.

Hal inilah yang dialami oleh seorang ayah yang anaknya menjadi mangsa buli yang dilakukan oleh rakan sekolahnya.

Beliau membuat surat terbuka untuk mengajar orang lain mengenai kesan-kesan buli dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit fizikal yang dialami anaknya serta anak-anak lain yang berkongsi nasib yang sama.

Jackson merupakan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang mengalami Treacher Collins Syndrome. Keadaan tersebut mempengaruhi perkembangan tisu tulang wajah dan itulah yang menyebabkan dirinya tidak kelihatan seperti kanak-kanak seusianya.

Keadaan tersebut membuat Jackson dipandang pelik oleh kawan-kawan di sekolahnya.

Suatu pagi ketika Jackson sedang bersarapan di sekolah, tiga kanak-kanak yang lebih tua darinya mendekatinya dan mula menyakatnya. Mereka memanggil Jackson “monster” dan “hodoh”.

Malangnya pihak sekolah tidak menyaksikan sendiri kejadian tersebut. Peristiwa itu sangat memberi kesan kepada emosi Jackson dan ketika ia pulang ke rumah dia mengatakan bahawa dia ingin bunuh diri.

Bapanya, Dan Bezzant tidak mahu pembulian terhadap anaknya berterusan sehingga dia memutuskan untuk menulis surat terbuka di akaun Facebook miliknya.

Sebagai seorang ayah, Dan merasa sangat terpukul atas kejadian yang menimpa anaknya itu. Dia merasa sangat kasihan kepada anak lelakinya yang terpaksa menanggung penyakit yang dideritanya disamping keadaan fizikalnya yang mengalami pekak dan juga rabun.

Untuk membantu Jackson melalui hal tersebut, Dan memakaikan Jackson alat pendengaran. Malah Jackson telah menjalani pembedahan di matanya dan jelas akan memerlukan lebih banyak pembedahan semasa hidupnya.

Dengan itu, Jackson berkembang menjadi seorang anak yang baik hati. Walaupun masih ada orang yang memerlakukannya dengan teruk.

Melalui statusnya, Dan berharap dunia dapat mengerti tentang keadaan anaknya dan berhenti bersikap buruk. Catatan Dan itu menjadi viral dan dengan cepat dan membuka kesedaran orang lain tentang kanak-kanak dan keperluan khas mereka.

Mengetahui hal tersebut pihak sekolah memberikan perlindungan dan juga sokongan terhadap Jackson.

Dan tersentuh atas respon yang diberikan dan berharap perkara itu tidak berlaku lagi.

Dia  juga tidak menyalahkan pihak sekolah dengan apa yang berlaku kepada anaknya sebaliknya meminta ibu bapa supaya mengajar anak mereka agar tidak menghina orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.