Adam Corrie Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita

setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelakon, Adam Corrie yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor.

Corrie menerusi akaun Instagramnya semalam, meluahkan rasa syukur atas anugerah yang diterimanya ini.

“Alhamdulillah , saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat Negeri Selangor .

“Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya.

“La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

“Alhamdulillah. Salam Maal Hijrah 1439h buat semua. #adamcorrie #maalhijrah,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya juga telah mengucapkan tahniah dan mendoakan agar terus istiqomah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.