4 Renjer Maut Letupan Bom Selatan Thailand

BANGKOK – Empat renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan memusnahkan trak dinaiki ketika mereka memastikan jalan itu selamat dilalui guru, kata pegawai.

Menurut AFP, kejadian terbaru dalam pemberontakan pemisah di selatan negara itu.

Wilayah dikuasai penduduk Islam bersempadan Malaysia itu digegarkan dengan keganasan sejak lebih sedekad lalu apabila pemisah etnik Melayu memberontak mahukan lebih kuasa autonomi, lapor BH.

Lebih 6,800 maut, majoritinya penduduk awam dalam konflik berkenaan.

Pemisah kerap menyasarkan pegawai keselamatan yang mengawasi tiga wilayah paling selatan di negara itu.

Namun, guru, pegawai tempatan dan yang dianggap bersubahat juga kerap menjadi sasaran dalam keganasan terbabit.

Letupan hari ini di Pattani menyebabkan empat renjer terbunuh dan enam cedera, termasuk seorang penduduk awam, kata timbalan jurucakap tentera selatan, Kolonel Yuthanam Petchmoang.

Mereka dalam rondaan rutin setiap pagi untuk membersihkan jalan digunakan guru di Sai Buri apabila bom meletup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.