Walaupun Dihina, Kakitangan Permata Tabah Ajar Anak Autisme Buang Air, Cuci Berak

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor sekali lagi tampil menjelaskan isu mengenai Program Permata Negara (Permata) ekoran persepsi buruk yang sering dilemparkan oleh segelintir masyarakat khususnya pemimpin dari pembangkang.

 

Rizal melalui satu kenyataan di media sosial berkata, pihak Permata sebelum ini mengambil pendekatan berdiam diri kerana ingin memberikan fokus kepada usaha membantu anak-anak yang mengalami sindrom autisme.

 

“Selama ini saya diam sahaja kerana fikir lebih baik saya fokus kepada usaha utama iaitu membantu anak-anak yang mengalami autisme tetapi kutukan ini sangat teruk, saya rasa saya wajib berikan sedikit penjelasan bagi pihak (bagaimana) anak-anak buah saya yang bekerja sangat keras dan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah membuka pintu untuk beratus-ratus anak autisme untuk mendapatkan pendidikan dan intervensi.

 

“Kesian saya tengok anak-anak buah saya, walaupun mereka ada degree dan master, mereka sangat passionate (bersemangat) untuk membantu anak-anak autisme sehinggakan mereka tidak kisah melatih anak-anak ini buang air, cuci berak, muntah dan sebagainya.

 

“Setiap hari mereka mengadap anak-anak yang mengamuk, yang menggigit, menendang dengan sabar dan esoknya mereka masih datang kerja kerana mereka sangat sayangkan anak-anak ini,” ujarnya memetik kenyataan tersebut.

 

Rizal yang juga merupakan salah seorang Pengarah di Perata Kurnia turut menjelaskan pihak sedih apabila ada kakitangannya yang dihina oleh kaum keluarga sendiri apabila dimaklumkan mereka berkerja di Permata.

 

“Saya rasa sedih sungguh-sungguh bila mereka beritahu saya bahawa semasa hari raya bila ditanya saudara mara di mana mereka bekerja, mereka hanya menjawab dengan senyuman kerana bila mereka jawab “Permata”, bermacam-macam statement ‘menyengat’ yang keluar.

 

“Alhamdulillah, nasib baik anak-anak muda yang berjiwa kental ini masih bersemangat jitu bekerja demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak isi syurga di pusat kami,” ujarnya lagi.

 

Menurut Rizal lagi pihaknya sangat bersyukur dengan keprihatinan yang ditujukan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk membantu kanak-kanak ini walaupun beliau sering dikutuk dan dihina.

 

Permata sebelum ini sering dijadikan modal pimpinan pakatan pembangkang kerana dikatakan sengaja mengahabiskan dana kerajaan. – SuaraTV

 

 

 

 

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Rizal Mansor berhubung isu tersebut:

 

 

Bismillahirahmanirahim.

 

Kawan saya memanjangkan print screen FB yang mengutuk Permata. Kata mereka Permata elitist, racist dan membuang duit.

 

Selama ini saya diam sahaja kerana fikir lebih baik saya fokus kepada usaha utama iaitu membantu anak2 yg mengalami autisme tetapi kutukan ini sangat teruk, saya rasa saya wajib berikan sedikit penjelasan bagi pihak anak2 buah saya yang bekerja sangat keras dan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah membuka pintu untuk beratus2 anak autisme untuk mendapatkan pendidikan dan intervensi.

 

Kesian saya tengok anak2 buah saya, walau pun mereka ada degree dan master, mereka sangat passionate(bersemangat) untuk membantu anak2 autisme sehinggakan mereka tidak kisah melatih anak2 ini buang air, cuci berak, muntah bagai.

 

Setiap hari mereka mengadap anak2 yang mengamuk, yang menggigit, menendang dengan sabar dan esoknya mereka masih datang kerja. Hanya kerana mereka sangat sayangkan anak2 ini.

 

Saya rasa sedih sungguh2 bila mereka beritahu saya bahawa semasa hari raya bila ditanya saudara mara di mana mereka bekerja, mereka hanya menjawab dengan senyuman kerana bila mereka jawab “Permata”, bermacam2 statement ‘menyengat’ yang keluar.

 

Alhamdulillah, nasib baik anak2 muda yang berjiwa kental ini masih bersemangat jitu bekerja demi masa depan yang lebih cerah untuk anak2 isi syurga di Pusat kami.

 

Sama juga dengan DSRM, kami sangat bersyukur yang beliau prihatin tentang anak istimewa dan membuka minda ramai orang tentang pentingnya usaha untuk membantu anak2 ini.

 

Apabila beliau dikutuk kerana membuang duti untuk program Permata, saya ingin jelaskan no 1, pembiayaan program2 Permata adalah tertakluk kepada proses pembiayaan organisasi2 lain dalam kerajaan.

 

No 2, buang duitkah bila tahun ini sahaja Permata Kurnia telah menyediakan pendidikan dan intervensi kepada hampir 300 orang anak autism, mengadakan 33 bengkel hujung minggu untuk ibu bapa, guru2 dan terapis, 6 public forum, (semua ini juga disiarkan secara live streaming untuk capaian warga Malaysia di luar Lembah Kelang).

 

Kami berjaya menghasilkan modul untuk Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 (SKM3) Autisme, melancarkan iKurnia (Massive Open Online Course) sebuah kursus atas talian mengenai autisme, menjalankan kursus autisme jelajah negara tahun lalu di 11 buah negeri dan insyaAllah hujung tahun ini kami akan adakan latihan untuk guru2 di Lembah Kelang yang kan terlibat dengan proses pendidikan inklusif anak2 Permata Kurnia?

 

Ini hanya di PK, terdapat 6 lagi Permata2 yang lain: Permata Negara (pendidikan awal kanak2), Permata Pintar (anak2 cerdas pintar), Permata Insan (anak2 cerdas pintar yang dididik utk menjadi bakal cendiakawan Islam), Permata Seni, Remaja Perkasa (utk remaja berisiko) dan Hospital Permata Kanak2.

 

Sangat banyak perkara baik yang dijalankan oleh Permata2 ini, kalau saya nak ceritakan sangat panjang. Saya ambil Remaja Perkasa sebagai contoh, program ini memberikan pelbagai kursus kepada remaja berisiko spt kursus fotografi, kursus andaman, masakan sehingga ada remaja ini yang menjadi juru gambar perkahwinan dan juru andam.

 

Dalam zaman social media ini, mengutuk sangat senang, ketik key board komputer sahaja… tetapi ingatlah setiap kali anda mengutuk, beratus2 tenaga kerja Permata yang bekerja demi masa depan anak2 bangsa kita diperlekehkan wal hal mereka melakukan kerja yang mulia.

 

InsyaAllah, sebagai pengarah di Permata Kurnia, saya boleh laporkan anak2 buah saya tetap teguh dengan iltizam mereka untuk membantu anak2 isi syurga di pusat kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.