Video : Ridzuan Puzi Kerap Mengamuk Ketika Latihan – Jurulatih

SEPANG –  Jurulatih Paralimpik Rio, R. Jeganathan mengulas tentang kejayaan anak didiknya, Mohd Ridzuan Mohd Puzi yang kerap mengamuk ketika latihan.

 

 

Malah Jeganathan tanpa berselindung berkata, walaupun berdepan cabaran dalam melatih atlet itu bagaimanapun dia melahirkan rasa syukurnya apabila atlet pecut 100 meter itu seorang yang mudah menerima teguran.

 

 

“Antara cabarannya dia akan mengamuk. Dia (Ridzuan) sangat sensitif. Jadi kena ada cara untuk jaga hati dia,”katanya.

 

 

Mengakui mempunyai hubungan rapat dengan anak didiknya, Ridzuan mudah menuruti arahan yang diberikan.

 

“Dia paling rapat dengan saya. Senang untuk saya bercakap dengan dia. Siang dan malam dengan dia, dan (hubungan) kami (sangat) rapat. Jadi senang untuk saya arahan untuk melatihnya,”katanya.

 

 

 

Sebelum ini, Jeganathan mengakui memberikan latihan namun dia juga merupakan jurulatih yang tegas dan ‘garang’ sepanjang latihan.

 

Katanya, mungkin kerana terlalu memberi tekanan atau memarahi anak didiknya itu, namun inilah hasilnya.

 

Tambahnya, Ridzuan sering menganggapnya sebagai seorang ayah dan akan mematuhi segala arahannya tanpa banyak mempersoalkan dan menuruti segala suruhannya.

 

Terdahulu, Ridzuan mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik.

 

Dalam acara acara 100m T36 (celebral palsy) yang berlangsung di Rio, Brazil Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah (12.54s).

 

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan telah mencatat kejayaan di beberapa temasya seperti Kejohanan Olahraga Dunia dan Sukan Para ASEAN dan pernah dinobatkan sebagai Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.