Video : Persempadanan Semula Belum Muktamad – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persempadanan semula belum muktamad.

 

Beliau berkata demikian, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Komponen BN di menara Dato’ Onn di sini, petang tadi.

 

“Kita tak boleh kata ia merupakan kata putus mengikut undang-undang. Ia kena menunggu proses baharulah kita akan membuat keputusan, sehingga kita rasakan ia adil atau tidak.

 

 

“Kita akan mempertimbangkannya dengan sebaik-baiknya,”katanya.

 

Terdahulu, BN mewujudkan satu jawatankuasa baharu bagi persempadanan SPR untuk mengambil kira pandangan semua parti komponen BN, bagi memastikan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya menerima pandangan dari semua pihak. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.