Video: Kubur Jadi ‘Port’ Baru Penagih Dadah

SITIAWAN – Beberapa orang penagih dadah nyata tidak seperti penagih dadah yang lain yang hanya memilih tempat ‘tipikal’ mereka untuk menangih, namun mereka memilih kubur sebagai ‘port’ baru untuk menagih.

 

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah manjung membongkar kegiatan 17 orang individu termasuk seorang wanita yang dipercayai penagih dadah di tanah perkuburan di Kampung Lumut Kiri.

 

Individu tersebut terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia 30 hingga 61 tahun yang positif morfin.

 

 

Menurut Pegawai  AADK Daerah manjung, Sharuddin Abdul Salam, pihaknya telah membuat risikan selama seminggu sebelum kegiatan itu berjaya dibongkar.

 

“Operasi Cegah Perangi Dadah habis-habisan ini akan dijalankan sepanjang masa bagi memerangi masalah dadah.

 

“Kita harap orang ramai terus menyalurkan maklumat supaya pihak kami dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.