Video : Jawatankuasa Baharu Bagi Persempadanan SPR

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan satu jawatankuasa baharu bagi persempadanan SPR bagi mengambil kira pandangan semua parti komponen BN, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

 

Najib yang mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini berkata, perkara itu bagi memastikan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya menerima pandangan dari semua pihak.

“Banyak perkara yang kami bincangkan tadi. Termasuklah persempadanan baharu yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ada pendapat yang berbeza dengan SPR. Ada yang melihat banyak kesan dan implikasi perlu diambil kira daripada beberapa aspek.

 

“Oleh itu mesyuarat memutuskan supaya kita akan menerima pakai pandangan kita dan cadangan kita, melalui sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN untuk kita selaraskan cadangan balas. Mudah-mudahan kita akan mendapat satu keputusan yang tepat bagi semua pihak,”katanya di menara Dato ‘Onn PWTC, sebentar tadi.

 

 

 

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta merta.

 

 

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN berkata pelantikan itu dibuat mengikut perlembagaan BN selepas MCA dan MIC mengemukakan usul tersebut.

 

 

“Mesyuarat ini memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Pengerusi BN yang baharu. Usul ini dicadangkan oleh MCA dan MIC dan telah diterima sebulat suara,” katanya.

 

 

Terdahulu, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi MyPPP Tan Sri M.Kayveas dan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

 

 

Terdahulu, Ahmad Zahid menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Najib pada Julai tahun lalu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.