Video : Atlet Kita ‘Hensem’ Dan Cantik, Jadikan Mereka Duta – KJ

SEPANG – “Atlet kita ‘hensem’ (kacak) dan cantik, jadikan mereka duta,”kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

 

Khairy yang mempromosikan atlet tempatan itu turut menyeru syarikat-syarikat swasta supaya menggunakan khidmat atlet tempatan sebagai duta mereka.

 


“Saya berharap syarikat-syarikat swasta, terutamanya yang ada kaitan dengan penjualan ‘retail’ (runcit) dan sebagainya dapat menggunakan atlet-atlet tempatan sebagai ikon mereka dengan menjadikan wajah (tersebut) sebagai kempen pengiklanan mereka, termasuklah atlet Paralimpik kita.

 

“Saya tahu banyak syarikat yang membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mendapat tajaan daripada atlet antarabangsa. Bukan saya kata tak boleh, tapi saya rasa nilai pengiktirafan dan tahap rakyat Malaysia yang kenal pada atlet tempatan atau atlet olimpik dan paralimpik kita sangat tinggi,”katanya pada sidang media di Kompleks bunga Raya, di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), semalam.

 

Tambahnya, beliau yakin, atlet negara sangat dikenali memandangkan mereka mempunyai paras rupa yang menarik.

 

“Saya rasa sekarang ini kalau tanya rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat sukan berkaitan dengan Ziyad, Latif, Ridzuan mereka (orang ramai) akan kenal mereka. Malahan mereka ini semua ‘hensem’ dan lawa. Jadi saya harap mereka (syarikat) akan menggunakan atlet kita sendiri, sebagai duta,”katanya.

 

Semalam, wira-wira Paralimpik negara dan kontinjen Malaysia yang pulang bersama tiga pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Para­limpik Rio disambut paluan kompang dan laungan keterujaan #kamiluarbiasa daripada rakyat Malaysia yang berada di Kompleks Bungaraya.-SuaraTV

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.