Mukhriz Sifatkan Keadaan Negara Tahap ‘Gaban’

SHAH ALAM -Naib Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan keadaan negara ini memudaratkan rakyat sehingga tahap ‘gaban’.

 

“Yang lagi besar adalah kerana keadaan negara sekarang ini yang memudaratkan rakyat sendiri sampai ke tahap ‘gaban’…teruk sangat,” katanya pada sesi dialog bersamanya semalam.

 

Justeru itu, beliau berkata, Bersatu bukan ditubuhkan hanya untuk suka-suka tapi kerana tidak mempunyai pilihan lain.

 

“Kami dipecat dari parti kesayangan, Umno dan ‎kerana tidak ada pilihan maka kami tubuhkan Bersatu. Bukan untuk seronok-seronok,” katanya.

 

Dakwanya lagi, beliau ada formula untuk wujudkan keharmonian dan langkah tubuhkan parti berteraskan kaum pribumi adalah langkah yang betul.

 

“Melalui Perlembagaan parti jelas dinyatakan parti ini bukan sekadar nama sahaja peribumi tapi untuk jaga hak dan keistimewaan orang-orang Melayu termasuk anak-anak bumiputera di Sabah dan Sarawak tanpa jejaskan hak kaum-kaum lain.

 

“Kita ada formula untuk wujudkan keharmonian ini. Saya fikir tak salah tubuhkan parti berteraskan kaum peribumi asal kan kita tidak menidakkan kaum lain,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.