Brad Pitt Disiasat Dera Anak

NEW YORK – Aktor terkenal hollywood, Brad Pitt sekali lagi terpalit kontroversi apabila beliau kini di siasat oleh pihak polis setelah di tuduh melakukan penderaan lisan dan fizikal ke atas anak-anaknya.

 

Jurucakap Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Daerah Los Angeles, Armand Montiel memberitahu USA Today bahawa undang-undang agensi tersebut tidak oleh mengesahkan atau menafikan siasatan.

 

Namun sumber terdekat dengan Brad Pitt memberitahu USA Today bahawa Pitt memandang perkara ini dengan serius.

 

“Dakwaan itu diperbesar-besarkan atau direka.

 

“Tapi dia sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk anak-anaknya, walaupun di siasat, dia masih memberi fokus untuk memberi yang terbaik untuk anaknya,” kata sumber berkenaan.

 

Terdahulu, Brad Pitt dan Angelina Jolie di lapor telah berpisah pada 15 September lalu dan didakwa gara-gara orang  ketiga.


		

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.