Obama Terima Surat Dari Kanak-Kanak 6 Tahun

NEW YORK – Walaupun hanya berusia enam tahun, Alex berani untuk menulis surat kepada presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menempatkan mana-mana pelarian Syria dalam keluarganya.

 

Menurut laporan BBC News, kanak-kanak tersebut tersentuh apabila melihat gambar anak pelarian Syria, Omran Daqneesh dalam keadaan menyayat hati.

 

“Surat itu adalah daripada seorang kanak-kanak,tulisannya begitu ikhlas yang mahu menolong orang susah tanpa prejudis walau dari mana mereka berasal,” kata Obama.

 

Video tersebut mencapai perkongsian di laman Facebook sebanyak 40 000 kali.

 

Dalam pada itu, Obama turut memetik kenyataan kanak-kanak itu di White House.

 

“Kita perlu mengambil contoh sepertimana Alex lakukan,” ujar Obama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.