‘Saya Kenal Eina Azman Tapi Saya Tak Cuba Rogol Dia’ – Jamal Yunos

AMPANG – Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengakui mengenali dan pernah berjumpa dengan pelakon wanita, Eina Azman tetapi menafikan cuba merogol artis itu.

 

Kata Jamal, sebagai ahli perniagaan yang mempunyai sebuah syarikat hiburan, sudah pasti beliau sering berjumpa dengan artis-artis.

 

“Saya ramai kenal artis sebab saya seorang ahli perniagaan dan saya juga mempunyai sebuah syarikat hiburan dan artis pun ramai kenal saya.

 

“Saya kenal (Eina Azman) dan ramai saya pernah jumpa, Siti Nurhaliza pun saya pernah jumpa dan artis-artis lain pun saya pernah jumpa,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

 

Kata Jamal, kenyataan yang mengait beliau sebagai individu yang cuba merogol Eina Azman bukan dibuat oleh artis itu sendiri.

 

“Saya lihat itu bukan kenyataan dari artis itu.

 

“Itu adalah kenyataan daripada orang lain yang mengaitkan saya. Saya sudah semak tidak ada kenyataan daripada artis tersebut,” katanya.

 

Mengulas lanjut kehadirannya di balai polis itu, Jamal berkata sekurang-kurangnya 17 laporan polis telah dibuat berhubung pelbagai fitnah terhadap dirinya di media sosial.

 

“Saya buat laporan fitnah dan tohmahan sama sekali tidak benar di media sosial dan lain-lain yang mana semakin hari semakin melampau.

 

“Saya menafikan yang saya terlibat seperti apa yang didakwa dalam media sosial mengenai Eina Azman, saya hendak ludah Tun Mahathir, terima RM3 juta untuk anjur himpunan dan macam-macam lagi,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.