Jinbara teruskan perjuangan dengan single terbaru “kurniaku Terindah”

- Advertisement -

Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul “Kurniaku Terindah” terbitan di bawah Luncai Emas Sdn Bhd. Penerbitan single ini adalah satu projek rakaman khas Jinbara bersama Luncai Emas bagi terus mengukir nama di dalam industri muzik rock.

Seperti yang diungkapkan oleh komposer single ini, “Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’- Ujar M.Nasir . Single “Kurniaku Terindah,” yang dicipta oleh Dato’ M.Nasir, membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya.

Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti “Kasihnya Laila,” “Farhana, “Cinta Pandai Merdeka,” dan “Patri,” Jinbara merasakan bahawa “Kurniaku Terindah” adalah pencapaian baru buat mereka. ‘’Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir. Single baru ini memberi makna bagi kami, kerana apabila kita masih dikurniakan kehidupan , kesihatan Maha Esa.

Jinbara adalah : Dari kiri Cepot (Gitar), Ahtan (Drum), Along (Vokalis) & Lan (Gitar)

Bagi proses rakaman single ini, semuanya telah berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider). Allahyarham merupakan pencetus utama dalam penerbitan single ‘Kurniaku Terindah’ ini dan tugas sebagai Produser lagu di ambil alih oleh Hanafi Spider.

Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase “Rock Untuk Rakyat” pada 30 Ogos 2023 jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station. Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.

Sebuah video lirik “Kurniaku Terindah” telah dilancarkan pada 18 Ogos 2023 melalui saluran YouTube Luncai Emas. Anda juga boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store.

Selaku label rakaman, Luncai Emas berharap agar single terbaru ini akan meraih perhatian peminat muzik dan media. Kami mengundang anda semua untuk menikmati karya ini dengan sepenuh jiwa. Terima kasih atas sokongan anda!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat