Segerakan Keabsahan Ismail Sabri Di Dewan Rakyat – Rais Yatim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa Dewan Rakyat perlu menyegerakan keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan Utusan Online, keabsahan ini ia perlu dilakukan supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang boleh mempertikai kepemimpinannya.

“Meskipun keabsahan itu bergantung kepada Perdana Menteri yang bertindak sebagai Ketua Majlis, ia perlu dilakukan supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang boleh mempertikai kepemimpinannya.

“Perlu disahkan melalui majoriti dalam Parlimen kerana tidak akan habis hanya dengan melihat Akuan Bersumpah (SD) yang dilihat oleh pihak tertentu. Ia mesti diabsahkan dalam Dewan Rakyat.

“Walaupun ada orang yang kata tidak perlu, tetapi adalah amat baik prosedur di Parlimen digunakan untuk mengesahkan apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, bila Agong titahkan supaya keabsahan ini dibuat di Dewan Rakyat, bila tidak ikut banyaklah lidi yang bercabang, susah nak menyapu. Itu perum­pamaannya.

“Patutnya ia tidak diulangi apa yang dibuat dulu,” kata Rais Yatim.

Jelas beliau lagi, Parlimen kini hanya menunggu pemakluman daripada Ketua Majlis berhubung tarikh pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Dulu kita jadualkan 6 September ini dan bersidang selama dua minggu. Sekarang terserah kepada kerajaan baharu sama ada mahu meneruskan sesi itu atau pinda tarikh. Kalau dipinda sekalipun, tarikh itu tidak boleh jauh sangat dari tarikh yang dianjurkan takwim. Biasanya lewat seminggu atau 10 hari dan harus bermula de­ngan Isnin.

“Saya percaya bila barisan Kabinet selesai, bahagian Kabinet ini yang akan menguruskan aturcara Parlimen yang hendak dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, rakyat menilai permainan politik dalam persidangan kali ini jika ada mana-mana pemimpin yang cuba menumbangkan kerajaan sekali lagi.

Jelas beliau, semua pihak perlu berhati-hati dengan syarat yang diletakkan kepada Perdana Menteri baharu kerana mereka akan disalahkan apabila menjadikan rakyat sebagai mangsa dalam permainan mereka.

“Jika semasa undi tidak percaya di Parlimen, katakanlah mereka yang dianggap menyokong Ismail Sabri, tetapi semasa undi, mereka tidak sokong kerana tidak puas hati tentang pelantikan menteri Kabinet. Jadi, rakyat akan menilai parti yang menarik sokongan itu kerana hanya bermain politik adalah kepentingan agenda parti politik mereka.

“Jadi, sebab itu parti politik perlu berhati-hati dengan syarat yang diberikan. Jika syarat itu mengikat tangan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, maka ia boleh dinilai sebagai bermain politik.

Tetapi jika syarat itu menambah baik pelantikan warna-warni Kabinet, itu dianggap sebagai kepentingan negara.

“Umpamanya syarat untuk tidak melantik mereka yang ada kes mahkamah, ini dianggap syarat yang baik dan Kabinet itu bersih. Sebab itu perlu berhati-hati walaupun tidak didedahkan siapa yang menyokong dan tidak menyokong,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat