PPIM Zahirkan Sokongan Penuh Kepada Utusan dan Kosmo

KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan sokongan penuh kepada dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan dalam usaha memastikan suara keramat orang Melayu itu terus bergema pada masa akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sokongan tersebut bukan sahaja diterjemahkan menerusi pembacaan Kosmo! dan Utusan Malaysia setiap hari malah turut disertai dengan langganan akhbar itu secara berterusan.

“Kita mahu menyokong rakan media yang sentiasa membantu PPIM dan masyarakat khususnya dengan menyeru orang ramai untuk membantu kedua-dua akhbar itu bagi meringankan beban ditanggung mereka ketika ini.

“Selain itu, syarikat-syarikat besar juga disaran untuk membeli ruangan iklan di dalam akhbar tersebut selain mengharapkan sokongan mereka untuk terus berbuat demikian,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen PPIM Sokong Utusan dan Kosmo! di sini tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman; Datuk Jawahar Ali, Penasihat PPIM dan Datuk Dr .Mustafa Ahmad Merican, Pengerusi NGO Antarabangsa.

Pada majlis itu, Kumpulan Utusan yang diwakili oleh Pengarang Ahad Kosmo!, Azimi Mustapa turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2,500 daripada PPIM sebagai tanda sokongan kepada akhbar tersebut. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.