Menteri Dakwa Capai KPI 93 Peratus, Tolak Gesaan Digugurkan Dari Kabinet

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi hari ini menolak gesaan untuk digugurkan daripada Kabinet, ketika isu pertukaran portfolio hangat dibincangkan.

Pemimpin Warisan itu berkata, beliau mendapat 93% dalam Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebagai menteri pada tahun lalu.

Beliau turut membidas Presiden Gerakan, Dominic Lau yang menggesa beliau digugurkan daripada Kabinet.

“Gerakan boleh gugurkan saya jika mereka mahu. Gerakan boleh kata apa saja mereka mahu.”

Tetapi, Mohamaddin berkata, beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas perdana menteri semalam mengesahkan akan ada sedikit pertukaran portfolio Kabinet.

“Kita ini tertakluk kepada sebarang kemungkinan. Menteri tak boleh cakap kementeriaan itu dia punya,” kata Mohamaddin hari ini.

Terdahulu, The Borneo Post melaporkan Mohamaddin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun akan digantikan.

Tetapi, Dr Mahathir Mohamad semalam dilaporkan berkata, tiada menteri baru akan digugurkan, sebaliknya hanya beberapa perubahan portfolio.

Katanya, ia masih di peringkat cadangan dan beliau belum membuat keputusan muktamad lagi. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.