Mak Tak Nak Bala Datang Kepada Keluarga Kita, Kata Ibu Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menegur anaknya secara terbuka gara-gara tindakannya memuat naik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan.

Rozita Ibrahim yang mesra membahasakan dirinya sebagai bonda menasihatkan Aliff Syukri agar tidak mendekati golongan fasik supaya tidak bersubahat melakukan dosa.

“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.

“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya,” komen Rozita dalam status di Instagram anaknya itu.

Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi juga memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.

“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.

“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,” katanya.

Sebelum ini, Aliff Syukri dikecam netizen termasuk selebriti, Wardina gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia yang didakwa transgender, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Video berdurasi 34 saat yang dimuatnaik di Instagram Aliff Syukri dua hari lalu memaparkan, usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun tarian itu agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi sambil menggoyangkan buah dada mereka. – MalaysiaGazette

One thought on “Mak Tak Nak Bala Datang Kepada Keluarga Kita, Kata Ibu Aliff Syukri

  • August 25, 2018 at 10:25 am
    Permalink

    0pps!
    Sebenarnya, selain Allah sangat tidak sukakan orang takabbur, banyak lagi makhluk yang bencikan telatah orang yang sombong itu; apatahlah inya bercampur bersatu padu dengan sifat riya’ dan ‘ujub.
    Maaf … mari kita kongsikan istighfar mohon keampunan dan lindungi kita semua dari bala serta murka-Nya walaupun Dia memang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.