Video: NGO Laung ‘Penjarakan Rafizi’

Kuala Lumpur: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Suara Rakyat Marhaen hari ini mengadakan protes di luar perkarangan Mahkamah Tinggi, di sini, bagi menuntut supaya Rafizi Ramli dipenjarakan.

Laungan ‘penjarakan Rafizi’ kedengaran di luar mahkamah tersebut ketika Ahli Parlimen Pandan itu mengemukakan rayuan berhubung hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.

Rafizi sebelum ini dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki tanpa kebenaran yang sah halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB yang bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sedangkan dia tidak berhak menyimpan dokumen tersebut di lobi Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini pada pukul 3 petang, 24 Mac 2016.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR turut didapati bersalah dan dihukum penjara 18 bulan kerana mendedahkan kandungan rahsia di halaman tersebut dalam satu sidang akhbar di tempat dan masa sama, pada 28 Mac 2016.

Hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Pertubuhan Suara Rakyat Marhaen, Mazli Md Yusof, berkata rakyat dapat melihat bagaimana Rafizi cuba mencari publisiti murahan demi kepentingan politik peribadi dan Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.