Lelaki kelar punggung 8 wanita diburu

TOKYO – JEPUN. Polis kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mengelar punggung lapan wanita di kolam renang awam di Tokyo.

 

Mangsa yang berumur di dalam lingkungan 19 dan 23 tahun itu berenang di taman tema air Summerland ketika diserang oleh seorang lelaki yang didakwa berenang di belakang mangsa tanpa disedari dan mengelar punggung dengan pisau, menurut polis.

 

Kesemua mangsa hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

 

Penyiasat sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif lelaki itu dan bagaimana suspek terlepas membawa masuk senjata ke taman tema berkenaan yang terletak di Akiruni, pinggir bandar Tokyo.

 

Summerland adalah salah satu taman tema air terbesar di Jepun dan sangat sesak terutamanya pada hujung minggu.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.