PM Mahu Ketiga-Tiga Ketua UMNO Bahagian Perlis ‘Berpakat’

KANGAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ketiga-tiga Ketua UMNO bahagian di negeri ini supaya ‘berpakat’ umpama di dalam satu pasukan bola sepak bagi mengekalkan rekod kecemerlangan memenangi 100 peratus kerusi Parlimen sejak Merdeka sehingga kini.

 

Beliau yang juga Presiden UMNO berharap ketiga-tiganya bersatu bagi membentuk pasukan yang hebat seterusnya memberi sumbangan kepada parti.

 

“Saya dah susun cantik bagi membentuk satu pasukan yang lebih hebat dari Barcelona dan Real Madrid iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim menjaga politik; Datuk Seri Azlan Man pula urus pentadbiran dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian berkelompok perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau 2015. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.