Warga Tentera Dilayan Seperti Hamba Abdi

Shah Alam – Sesi perbahasan Konvensyen PKR dikejutkan dengan dakwaan seorang perwakilan kononnya mangsa tragedi MH17 diberikan penghormatan lebih mulia berbanding prajurit yang gugur dalam pencerobohan Lahad Datu tahun lalu.

“Kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, berbanding dengan kematian MH17 yang di atur begitu rapi,” kata perwakilan Perak yang juga Ahli Parlimen Lumut Mohamad Imran Abdul Hamid.

“Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17

“Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita mati meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu,” katanya.

Semalam, seluruh negara bersatu dengan bertafakur dan berdoa sempena kepulangan 17 jenazah dan tiga bekas abu mayat mangsa MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan lalu.

Mereka antara 278 anak kapal dan penumpang yang terkorban akibat tembakan peluru berpandu oleh pihak bertelagah di negara itu.

Mohamad Imran mendakwa anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terkorban dalam menumpaskan pengganas Sulu yang mencerobohi Lahad Datu tidak diberikan penghormatan sedemikian.

Rumusan itu bagaimanapun tersasar kerana kesemua anggota pasukan keselamatan yang terkorban diberi penghormatan tertinggi di negeri masing-masing manakala anggota keluarga mereka di bela oleh kerajaan, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Esscom bermotifkan politik

Bagaimanapun, Mohamad Imran mengecam pemerintah dalam ucapannya di Konvensyen Nasional PKR dengan mendakwa penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Sabah adalah bermotifkan politik.

“Dan kita lihat apabila ESSCOM diperkenalkan, ia melibatkan 10 daerah, dalam 10 daerah itu ada lima kawasan parlimen, ada 15 DUN semua dia (Barisan Nasional) menang kecuali Sandakan, apa tujuan peristiwa Lahad Datu? Ia merupakan satu permainan politik yang dilakukan oleh BN,” kata beliau.

 

Baca : Balu Lahad Datu Kecewa, Tiada Istiadat Penghormatan Jenazah Seperti MH17?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.