Tenaga Pelajar Dan Pelajar #AF2014 Diperkenalkan

Kuala Lumpur – Seramai 12 orang pelajar program realiti Akademi Fantasia 2014  (#AF2014) yang terpilih serta barisan tenaga pengajar telah diumumkan secara rasmi pada majlis sidang akhbar yang berlangsung.

Mereka yang dipilih terdiri daripada enam orang pelajar lelaki iaitu AZWAN (Azwan Satar, 30, Johor), EWAL (Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Perak), FIRMAN (Mhd Firman Bansir, 25, Sabah), AMAN (Mohd Razman Abd Aziz, 21, Melaka), ZARIF (Muhd Zharif Mohd Kamil, 26, Johor) dan FAREZ (Muhammad Fareezuan Adnan, 19, Kuala Lumpur).

Manakala enam orang pelajar perempuan pula ialah ADEL (Adeline Joyce Masidah, 21, Sabah), MUNA (Muna Shahirah Munadi, 20, Johor), NINA(Nina Nadira Naharuddin, 22, Selangor), ZIHA (Nor Aziha Md Salleh, 20, Johor), NUHA (Syamila Nuhair Zainordi, 21, Perak) dan WAWA (Walfadhilah Suhaizat, 19, Selangor).

Menurut Ketua Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi, format #AF2014 telah kembali kepada format lama seperti tahun 2003 akan mengembalikan semula kehangatan Akademi Fantasia kali ini.

“Seperti yang diumumkan, #AF2014 kali ini membawa masuk semula format asal program AF sewaktu ia mula diterbitkan pada tahun 2003.

“Secara jujurnya pihak Astro tidak sabar dan berasa teruja untuk memulakan #AF2014 yang bakal bermula tidak lama lagi.

“Dengan bakat dan kesungguhan yang mereka miliki, kami percaya kesemua pelajar mampu memberikan saingan dalam industri ini kelak dengan bimbingan yang betul.” katanya ketika ditemui pada sidang media AF2014 bertempat di Double Tree by Hilton Hotel Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Selain itu, #AF2014 dihangatkan lagi dengan gabungan hebat tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan penerbitan AF untuk musim-musim terdahulu. Mereka ialah ACIS (Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert), SITI HAJAR (Guru Vokal), FATIMAH ABU BAKAR (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), LINDA JASMINE (Guru Tarian dan Kareografi) dan MARLIA MUSA (Guru Seni Persembahan).

#AF2014 juga sekali lagi memberi kepercayaankepada Zizan Razak sebagai pengacara konsert mingguan manakala Jihan Muse telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengacara Diari.

Seperti musim-musim sebelumnya, #AF2014 masih lagi mengekalkan format permakahan 100% berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI di mana pelajar yang memperolehi markah terendah setelah talian ditutup pada akhir konsert setiap minggu akan tersingkir.

Di samping itu, program realiti ini juga turut mendapat disokong oleh Astro Gempak dan Murai selaku portal hiburan rasmi, Studio H dan juga hlive! selaku majalah digital dan media rasmi serta Era.fm sebagai radio rasmi.

#AF2014 akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135) bermula pada 1 September depan.

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 7 September depan.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.af.com.my atau tekan butang merah ‘R’ di alat kawalan jauh anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.