Sultan Harus Dilihat “Mengatasi Politik” – Aziz Bari

Selangor – Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tiada apa boleh dilakukan sekiranya sultan Selangor mengambil keputusan membubarkan DUN Selangor minggu depan.

Pensyarah undang-undang itu berkata, sultan berkuasa untuk berbuat demikian walaupun beliau tidak tepat jika menurut amalan undang-undang sistem Westminster.

“Kalau katakan Isnin ini sultan bubar DUN. (Kita) Tak boleh buat apa-apa,” kata beliau dalam Forum Krisis Selangor : Isu Perlembagan dan Demokrasi di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, sultan sebagai ketua negeri harus melihat amalan di negara Komanwel lain yang menuntut pemerintah memainkan peranan “mengatasi politik” dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau pentadbir.

Ini penting kerana menurut beliau, situasi di Selangor kini tidak memberi asas yang kuat untuk membolehkan DUN dibubarkan.

“Situasi yang membenarkan pembubaran DUN adalah seperti berlakunya parlimen tergantung.

(Krisis) ini tidak bermakma baginda boleh membuat keputusan sesuka hati. Baginda perlu melihat amalan di negara Komanwel lain.

“Sebagai ketua negeri, baginda harus dilihat mengatasi politik,” hujah beliau.

Justeru Aziz menganggap sultan sepatutnya memberi kata putus dengan tegas ketika Khalid menghadap baginda pada 11 Ogos lalu, selepas menteri besar itu disingkirkan dari PKR.

“Pada pandangan saya itulah permulaan apa yang berlaku sekarang.

“Keadaan akan menjadi berbeza sekiranya baginda bertindak dengan tegas pada 11 Ogos itu.

“Sekiranya semua mengikut buku (undang-undang) keadaan akan jadi jauh lebih mudah,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.