Roket SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan

Texas – Sebuah roket SpaceX meletup selepas dilancarkan semasa ujian penerbangan di tapak pembangunan syarikat itu Texas.

Menurut kenyataan SpaceX, tiada seorang pun yang cedera dalam letupan itu.

Jurucakap SpaceX, John Taylor, berkata ujian penerbangan itu membabitkan roket Falcon 9 versi tiga enjin yang boleh diguna semula.

Beliau berkata, “kejanggalan” dikesan pada roket berkenaan dan pemusnahan dilakukan secara automatik.

Katanya, roket berkenaan kekal dalam kawasan penerbangan yang ditetapkan dan seorang wakil Pentadbiran Udara Persekutuan (FAA) hadir pada masa itu. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.