Pramugara MAS Didakwa Sentuh Kemaluan Penumpang

Australia – Seorang warga Australia mendakwa seorang pramugara MAS mengurut kaki sebelum menyentuh kemaluannya tanpa izin semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris awal bulan ini.

Laura Bushney, 26, membuat laporan polis setibanya di ibu negara Perancis itu, menyebabkan pramugara berusia 56 tahun itu di tahan untuk soal siasat, menurut media Australia.

MAS dalam satu kenyataan sebelum ini, mengesahkan penahanan kru kabinnya itu oleh polis Perancis bagi membantu siasatan kes gangguan seksual berkenaan.

“Penerbangan Malaysia sentiasa berusaha menyediakan standard perkhidmatan yang terbaik daripada kakitangan kami dan memandang serius dakwaan sedemikian.

“Kami akan membantu pihak berkuasa Perancis menjalankan siasatan mereka dan ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Menurut Bushney dalam satu wawancara dengan sebuah stesen telivisyen, menurut akhbar The West Australia, walaupun sempat merakam aksi tersebut dengan telefon bimbitnya namun tidak menjerit atau meminta pertolongan kerana “kaku dalam panik.”

Dalam rakaman itu, Bushney kedengaran berkata “dia sedang mengurut kaki saya. Saya begitu takut..rasa mahu keluar saja daripada pesawat ini.”

Dalam wawancara itu, Bushney berkata beliau menangis apabila memikirkan kenapa dia tidak meminta pertolongan sesiapa.

“Berulang kali saya bertanya…kenapa saya tidak menjerit, kenapa saya tidak memberhentikannya. Saya mempunyai kekuatan diri, pasti saya mampu menghentikannya,” beliau dipetik berkata.

Pramugara MAS itu didakwa mula mengurut Bushney selepas beliau meluahkan rasa cemas hati menaiki pesawat MAS susulan tragedi MH370 dan MH17.

Atas alasan untuk menenangkan beliau, Bushney mendakwa pramugara itu mula mengurut kaki sebelum suspek mencapai kemaluannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.