Peserta Dating Naked Marah Gambar Sulit Dirakam

New York – Seorang peserta program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan berdating sambil bogel naik berang apabila gambar adegan bergusti mereka yang menampakkan alat sulitnya disiarkan kepada umum.

Difahamkan peserta terbabit turut mengambil tindakan saman terhadap penerbit rancangan tersebut kerana mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas untuk tayangan.

Adegan tersebut difahamkan dilakukan oleh salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi Ninewitz.

Menurut Jessi, penerbit rancangan itu sebelum ini telah berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti, tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu.

Dalam adegan itu, Jessi dan pasangannya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian bergusti di atas pasir di pantai.

Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu dirakamkan.

Jelasnya, selepas sahaja adegan itu disiarkan di TV, dia mendapat banyak komen malah ada gambar itu dimuat naik dalam media sosial.

Selepas rakaman itu tersebar, Jessi berkata, lelaki yang berpacaran dengannya tidak lagi menghubunginya dan pihaknya kini menuntut saman sebanyak $10 juta dolar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.