Nora Danish Kesal Facebook Kena Godam, Akan Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur – Pelakon Nora Danish berang apabila akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tertentu.

Dalam luahannya di laman sosial Instagramnya dia menegaskan akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan.

“My personal Facebook sudah di hacked!!! Gone! Im gona make a police report” tulisnya.

Menerusi status berkenaan, sekeping gambar yang menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya turut dimuat naik.

Jelasnya, semua akaun yang disenarainya merupakan akaun palsu yang tidak membabitkan dirinya.

“Dan kesemua accounts Nora Danish di Facebook ini adalah BUKAN saya. Pls take note. Tq.”tulisnya lagi.

Nora sebelum ini merupakan selebriti pertama yang mengumpul jumpah pengikut paling ramai di Instagram dengan mencecah sehingga 1.1 juta orang.

Ia meletakkan Nora sebagai selebriti paling berpengaruh di media sosial setakat ini.

Dalam pada itu, peminat aktres itu turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan menyifatkan perbuatan pengodam berkenaan sebagai tidak berhati perut.

Salah seorang pengikutnya iaitu @norumairahrosli berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencari publisiti murahan.

“Tidak faham dengan orang-orang zaman sekarang. Dah tiada kerja sangat sampai nak godam akaun peribadi sosial media orang lain,” katanya.

Manakala @azaamalia pula mempertikaikan tindakan pemilik akaun palsu menggunakan nama selebriti terkenal itu demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka yang buat begitu hanya ingin menumpang populariti Nora dan orang sebegini adalah parasit,” katanya.

Komen lain yang ditinggalkan oleh peminat Nora antara lain menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Manakala seorang lagi peminat menggunakan nama eatdrink_my menawarkan khidmat kepada Nora untuk mendapatkan kembali akaun Facebooknya itu.

“@noradanish hye. I boleh tlg dptkan account facebook u balik. Just use email fb kak nora je. Pm me if wanna try dptkan blik acc fb akak nora”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.