MH17: Tiga Lagi Jenazah Tiba Di KLIA Pagi Esok Turut DIberikan Istiadat Penghormatan Jenazah

Kuala Lumpur – Jenazah dua lagi mangsa tragedi MH17 yang dijangka tiba pada pukul 8.30 pagi, Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan turut diberi penghormatan sama seperti kumpulan pertama, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mereka adalah jenazah Ketua Pramugara Penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing.

“Jenazah mereka dijangka diterbangkan menggunakan pesawat komersil MH19 dan sebaik tiba akan turut diberi penghormatan yang sama seperti kumpulan pertama yang terdiri daripada 11 penumpang dan sembilan anak kapal,” katanya kepada pemberita di sini.

Pesawat yang membawa jenazah rakyat Malaysia itu berlepas pada pukul 12 tengah hari pada Sabtu melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda.

Pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 pada Jumaat, pesawat khas Boeing 747-F yang membawa 20 jenazah itu selamat mendarat di KLIA  pukul 9.54 pagi.

Sempena Hari Perkabungan Negara itu, rakyat di seluruh negara turut bertafakur selama seminit pada 10.54 pagi selepas semua jenazah mangsa pesawat MH17 diletakkan di dalam 20 kenderaan jenazah.

Manakala pihak kedutaan Malaysia di Belanda sebelum ini mengesahkan tiga jenazah mangsa tragedi MH17  akan dihantar pulang jam 12 tengah hari waktu tempatan namun atas peminta keluarga, satu lagi mangsa tidak akan didedahkan identitinya.

Pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 semalam, pesawat khas Boeing 747-F yang membawa 20 jenazah terdiri daripada 11 penumpang dan sembilan anak kapal selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 10.54 pagi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.