Hadi Awang Dipilih Sebagai Naib Ketua, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

Kuala Lumpur – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih sebagai salah seorang daripada tiga naib ketua al Itihad al Alami lil Ualama’ie Muslimin atau Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menerusi laman Facebooknya semalam.

Nik Abduh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Nik Abduh pemilihan Hadi itu telah dicalonkan oleh ulama tersohor dunia, Prof.Dr.Yusof Qaradhawi sendiri yang kemudiannya disokong oleh ahli kesatuan.

Selain Hadi turut dipilih memegang jawatan tersebut ialah Dr. Ahmed Raisuni (Ilmuwan agama dari Maghribi)  dan Syeikh Ahmed Khalili (Mufti Kesultanan Oman)

“Semoga jihad ke arah kesatuan umat di bawah panji syariat Islam menjadi kenyataan.

“Tahniah buat tuan guru. Rakyat Malaysia berbangga dengan ilmu dan amalmu,” tulisnya.

Keputusan disepakati dengan anggota mesyuarat mengangkat tangan, tanda persetujuan.

Dalam perkembangan yang sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Hadi atas pemilihan tersebut.

Menurut Khalid pemilihan tersebut merupakan satu pengiktirafan dunia terhadap tokoh agama yang juga merupakan ahli politik.

“Tahniah kepada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, yang telah terpilih sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia.

“Tokoh agama sekaligus ahli politik yang diiktiraf dunia. Moga terus istiqamah dalam perjuangan,” tulis Abdul Khalid di laman Facebooknya.

Muktamar Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dilaporkan sedang berlangsung di Turki ketika ini turut memilih Al-Qaradawi sebagai Pengerusi Kesatuan itu untuk kali keempat berturut-turut.

Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin turut dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.