Facebook Padam Status Berkaitan Al-Qassam

Bangi – Sekuriti Facebook telah bertindak memadam semua kandungan yang berkaitan dengan sayap tentera pergerakan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam di laman sosial Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pagi ini.

Menurut pengendali tersebut, mereka telah menerima pemakluman dari Facebook tentang pemadaman tiga status yang dimuatnaik dengan alasan tidak mematuhi piawaian komuniti laman sosial itu.

Tiga status yang dipadam ialah video temuramah Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Ustaz Awang Suffian Awang Piut yang bertajuk ‘Ayuh laksanakan jihad untuk Palestin We Are All Al-Qassam‘, poster pencarian 15 sukarelawan Al-Qassam untuk bertugas di aktiviti sempena Bulan Kemarahan Ummah di Ipoh, Perak dan satu pautan berita ISMAweb bertajuk ‘Perjuangan Al-Qassam wajib dicontohi‘.

Menurut salah seorang pengendali laman itu yang tidak mahu namanya didedahkan, kejadian ini menunjukkan bahawa Facebook yang dikuasai Yahudi mengetahui bahawa rakyat Malaysia menyokong penuh perjuangan Briged Izzuddin Al-Qassam dan rakyat Palestin.

“Ini bermakna mesej penentangan terhadap Israel daripada kita umat Islam di Malaysia sampai kepada mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, akaun facebook rasmi ‘We Are All Al-Qassam’ yang dibuat khas sempena kempen Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin telah dipadam tanpa sebarang amaran sementara kesemua akaun peribadi pengendali laman itu juga turut dipadam.

Ketika itu, laman tersebut telah mendapat lebih 100 ribu ‘like’.

Sebagai ganti, laman facebook baharu telah dibuat dengan menggunakan nama ‘Himpunan Solidariti Ummah‘ bersempena program kemuncak selaku acara penutup Bulan Kemarahan Ummah yang bakal menghimpunkan 20 ribu hadirin yang akan diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 13 September akan datang.

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata sebelum ini kepada ISMAweb, imej tentera Al-Qassam sengaja diangkat bagi menanam sifat jati diri pejuang muslim sejati yang bersungguh-sungguh mempertahankan tanah air dalam diri rakyat Malaysia khususnya anak muda Melayu Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.