Balu Lahad Datu Kecewa, Tiada Istiadat Penghormatan Jenazah Seperti MH17?

Kuala Lumpur – Keputusan kerajaan memberikan ‘Istiadat Penghormatan Jenazah’ kepada semua mangsa nahas MH17 siang tadi, dikatakan telah menimbulkan rasa kurang senang kepada waris dan keluarga mereka yang terkorban ketika tragedi berdarah Lahad Datu dua tahun lepas.

Berdasarkan pesanan ringkas yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang diterima SuaraTV petang tadi, balu kepada perwira Lahad Datu itu dikatakan kecewa dengan layanan berbeza yang diberikan kerajaan  itu.

Walau bagaimanapun, pihak SuaraTV gagal mendapatkan sebarang pengesahan pesanan tersebut bagi menentukan kesahihannya.

Tidak dapat dipastikan sama ada pesanan tersebut datnagnya darui waris keluarga perwira Lahad Datu sendiri atau sebaliknya.

Berikut adalah pesanan ringkas yang diterima itu:

“Keluhan dari BALU Pewira Lahad Datu, kenapa begitu hebatnya kerajaan menyanjung ketibaan Mangsa Pesawat MH17.

“Kenapa tidak kepada suami kami yang terkorban semasa Pertempuran di Lahad Datu dulu.

“Adakah mangsa pesawat MH17 lebih PERWIRA dari suami kami?

“Ohhh negara, adilkah ini, Malaysia Tanah Airku..”.

Kerajaan sebelum ini mengisytiharkan tarikh 22 Ogos ini sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada hari tersebut kerajaan turut menerima 16 daripada 24 jenazah MH17 warga Malaysia termasuk satu jenazah rakyat Belanda yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagi rakyat Malaysia, terutama ahli keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban, kezaliman pengganas dalam tragedi berdarah itu akan terus terpahat dalam ingatan.

Dalam kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac dua tahun lalu, seramai 10 wira negara, lapan anggota polis dan dua tentera terkorban ketika operasi memerangi kumpulan pengganas terbabit.

 

Berikut ialah kronologi insiden berdarah Lahad Datu:

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tanduo.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.