Anggota Polis Parah, Ditembak 3 Lelaki DI Klang

Klang: Seorang anggota polis parah selepas ditembak tiga lelaki dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, di sini, 3.30 petang ini.

Konstabel berusia 20-an dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dekat sini, untuk menerima rawatan.

Menurut sumber, mangsa yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman terbabit didatangi tiga lelaki menaiki kenderaan pikap yang kemudian melepaskan tembakan ke arahnya.

“Difahamkan, seorang daripada suspek memakai baju putih, berseluar gelap dan turut memakai beret berwarna merah. Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.